Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
203) JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SEMULA HIGHLAND TOWERS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan Kerajaan terhadap perancangan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers?
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers bagi mengkaji cadangan untuk membangunkan semula kawasan Highland Towers.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini yang berperanan untuk memberikan pandangan atau nasihat terhadap perancangan pembangunan semula Highland Towers.
Selain wakil Kerajaan Negeri, Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh:
- Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
- Jabatan Kerajaan Tempatan
- Jabatan Perumahan Negara
- Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
- Jabatan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi
- Jabatan Landskap Malaysia
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan
- Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Jabatan Alam Sekitar
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
- PlanMalaysia
- Jabatan Ukur Dan Pemetaan