Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

20) JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status lantikan pengerusi JPKK yang terkini?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah bermesyuarat pada 7 Jun 2024 telah meluluskan pelantikan 373 orang Ketua Kampung/ Pengerusi JPKK bagi Kampung Tradisi Negeri Selangor bermula 1 Julai 2024.

  2. Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan sehingga isu lantikan pengerusi JPKK tertangguh beberapa kali?

    Bagi pelantikan Ketua-ketua Kampung Tradisi, seperti amalan yang diamalkan seperti sebelum ini, formula pengagihan akan ditentukan berdasarkan rundingan dengan pimpinan parti-parti politik di dalam gabungan Kerajaan.

    Apabila persetujuan dicapai, barulah proses pemilihan Ketua-Ketua Kampung Tradisi dibuat mengikut Garis Panduan, Dasar, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor.

    Proses rundingan dan persetujuan berkaitan pelantikan Ketua-ketua Kampung Tradisi ini telah dimuktamadkan pada bulan Jun dan pelantikan baharu ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.