Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
47) JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial dalam usaha bersepadu membanteras masalah sosial. Bagaimanakah kerjasama dan komitmen agensi kerajaan dalam menjayakan objektif jawatankuasa?
- Penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri meminimumkan senario gejala sosial di Melalui jawatankuasa ini, perancangan program dibuat ke arah mewujudkan Generasi Idaman Selangor (GeMS). Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melibatkan pelbagai jabatan / agensi dan berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif. Jawatankuasa ini berperanan sebagai perancang, pelaksana, pemantau dan penilai objektif menangani gejala sosial supaya dapat dicapai.
Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor ini mengadakan mesyuarat secara berkala iaitu tiga (3) bulan sekali dan mengikut keperluan dengan melibatkan komitmen semua jabatan / agensi seperti Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial yang diwujudkan di peringkat daerah, di mana ahli – ahlinya adalah jabatan di peringkat daerah. Jabatan / agensi yang terlibat di peringkat induk dan juga daerah adalah seperti berikut :
- Semua Pejabat Daerah;
- Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
- Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM);
- PEMADAM;
- Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK);
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
- Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Lembaga Zakat Selangor;
- Jabatan Pelajaran;
- Jabatan Kesihatan;
- Jabatan Pendaftaran Negara;
- IPTA / IPTS
- Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (MPPIBG);
- Majlis Permuafakatan Tadika Selangor;
- Wakil Media; dan
- Persatuan Belia, Persatuan Wanita, PIBG, IPTS serta NGO
Pihak Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi program menangani gejala sosial untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.
i) Laporan Perancangan Dan Pelaksanaan Program Secara Berkala
Selain itu, Jabatan / agensi terlibat terutamanya Pejabat Daerah, PBT, Agensi AADK, PDRM dan JAIS akan mengemukakan laporan perancangan, pelaksanaan dan pelan tindakan menangani gejala sosial dan membentangkannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
ii) Kerjasama Di Dalam Pelaksanaan Program GeMS
Hasil kerjasama dan komitmen daripada semua jabatan / agensi ini, maka sebanyak 31 Program Menangani Gejala Sosial (GeMS) yang berbentuk pendidikan ilmu agama, pembangunan dan pengajaran ke arah tatacara kehidupan harmoni telah berjaya dilaksanakan di semua peringkat daerah antaranya :
- Program Jelajah GeMS (Karnival GeMS) di adakan di setiap daerah dan mendapat kerjasama daripada semua jabatan / agensi terutamanya Pejabat Daerah dan PBT;
- Seminar Keibubapaan;
- Kursus Jati Diri, Ceramah dan Dialog mengikut kategori usia;
- Seminar Kerjaya dan Keluarga;
- Kepimpinan remaja / belia; dan
- Kem Bina Sahsiah, aktiviti lasak dan sukan;
- Program Kempen Anti Zina
Untuk makluman, Program Kempen Anti Zina yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2010 sempena sambutan kemerdekaan. Susulan itu, beberapa siri program Anti Zina telah berjaya dilaksanakan pada malam tahun baru 2011 dan pada 13 Februari 2011. Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi Jabatan / agensi seperti Pejabat Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah, Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah yang proaktif di dalam merancang dan merangka Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial. Pada peringkat pertama satu mekanisme khusus telah diwujudkan seperti berikut :
- Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri
Penubuhan Jawatankuasa ini berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani masalah gejala sosial secara efektif. Jabatan / agensi terlibat adalah seperti di bawah :
- Semua Pejabat Daerah;
- Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
- Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM);
- PEMADAM;
- Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK);
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
- Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Lembaga Zakat Selangor;
- Jabatan Pelajaran;
- Jabatan Kesihatan;
- Jabatan Pendaftaran Negara;
- IPTA / IPTS
- Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (MPPIBG);
- Majlis Permuafakatan Tadika Selangor;
- Wakil Media; dan
- Persatuan Belia, Persatuan Wanita, PIBG, MPTS, IPTS serta NGO
- Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Daerah
Selain itu, Penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertubuhan Belia, Pertubuhan Wanita, Ketua – ketua Kaum, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk dan NGO. Peranan dan matlamat penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk :
- Merancang program, mengenal pasti masalah / punca untuk dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk di peringkat
- Menubuhkan Bilik Gerakan GeMS di setiap daerah dan memastikan program dilaksanakan dengan efektif contohnya melaksanakan latihan kemahiran bersiri secara bulanan atau mingguan dengan fokus kepada minat remaja dan belia masa kini. Selain itu, mewujudkan Talian Kasih bagi memudahkan remaja, belia dan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan atas isu yang berkaitan seperti aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan agama. Talian ini boleh dikategorikan sebagai talian kaunseling
- Penglibatan NGO
Mempertingkatkan pembabitan NGO di dalam menyokong perancangan dan membantu pelaksanaan program.
- Unit Gejala Sosial Negeri
Penubuhan Unit Gejala Sosial berfungsi untuk menyelaras dan menyelenggara setiap program yang di rancang dilaksanakan secara agresif dan bersepadu.
-
Apakah mekanisme berkesan dan tindakan yang diambil melalui jawatankuasa ini?
- Bagi memastikan keberkesanan program beberapa tindakan dan langkah telah diambil iaitu dengan menggunakan Pendekatan 5P seperti berikut :
- Pencegahan
Program dijalankan kepada golongan yang berisiko tinggi yang terdedah kepada masalah sosial seperti remaja, belia dan anak-anak daripada pasangan yang mengalami masalah rumah tangga .
- Pembangunan dan Pemulihan
Dilaksanakan secara berterusan kepada mereka yang telah terjebak dengan gejala sosial dengan sesi kaunseling dan dihantar ke Kem Pemulihan akhlak. Jawatankuasa Masjid dan JKKK, PIBG serta NGO akan dilibatkan secara aktif untuk memastikan pendekatan “terapi keluarga”.
- Pencelahan dan Penguatkuasaan
Dilaksanakan secara berperingkat dan berdasarkan kepada keperluan dan dilaksanakan oleh Jabatan dan Agensi yang berkenaan.
Berikutan kewujudan mekanisme khusus yang menumpukan kepada usaha membanteras masalah sosial ini, maka program yang dirancang akan lebih tersusun, kemas dan efektif.
-
Apakah pengukuran kejayaan bagi menangani gejala ini?
- Kerajaan Negeri sentiasa memastikan program yang dilaksanakan seiring dengan matlamat kerajaan untuk membendung masalah gejala sosial. Oleh itu, bagi mengukur keberkesanan dan kejayaan program beberapa langkah dan tindakan telah dilaksanakan seperti berikut :
- Dua (2) kawasan telah dijadikan sebagai kawasan fokus untuk pelaksanaan Program Menangani Gejala Sosial iaitu Pangsapuri Sri Perantau, Klang dan Desa Kasih di Daerah Sabak Bernam;
- Kajian khusus melibatkan penduduk di Flat Sri Perantau bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk dan mencari jalan penyelesaian dengan menyalurkan kepada jabatan dan agensi terlibat;
- Pelaksanaan GeMS dimantapkan lagi dengan mengadakan Program Kempen Anti Zina yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2010 sempena sambutan kemerdekaan. Susulan itu, beberapa siri program Anti Zina telah diadakan di seluruh daerah di Negeri Selangor dan diselaraskan oleh Pejabat Daerah di Setiap Statistik pencapaian program adalah seperti berikut :
Program
Jumlah tangkapan
Kawasan / Daerah **Kawasan Fokus
9 Daerah Kempen Anti Zina 135 kes **Hotel Bajet, Pusat Siri II Snoker, Taman Tasik, Rumah Sewa 9 Daerah Kempen Anti Zina 81 kes **Hotel Bajet, Pusat Siri III Snoker, Taman Tasik, Rumah Sewa Kejayaan Program Kempen Anti Zina ini dapat dilihat daripada statistik jumlah tangkapan yang berkurangan sebanyak 54 kes (40%). Manakala sebanyak 31 Program Menangani Gejala Sosial (GeMS) telah berjaya dilaksanakan antaranya Program Karnival GeMS di daerah – daerah dan Kursus Jati Diri Remaja GeMS.