Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
148) JAWATANKUASA KUALITI SELANGOR (KUASEL)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan objektif dan matlamat Jawatankuasa KUASEL diwujudkan
Matlamat penubuhan KUASEL adalah bertepatan dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ dan bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk
Dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk membina sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku sehingga 2018, penubuhan Jawatankuasa KUASEL adalah sebagai pasukan khas bagi memastikan kualiti unit dibina dalam skim Rumah Selangorku menepati piawaian ditetapkan dalam langkah proaktif Kerajaan Selangor
Selain itu, terdapat beberapa objektif utama penubuhan jawatankuasa KUASEL dan ianya adalah seperti berikut:-
- Memantau segala kerja-kerja pembinaan serta kualiti binaan unit rumah Skim Rumah Selangorku dari semasa ke
- Memeriksa spesifikasi dan piawaian pembinaan unit rumah Skim Rumah Selangorku mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
- Memastikan keadaan unit Rumah Selangorku siap pada masa yang ditetapkan dan berada dalam keadaan terbaik dan selesa
- Menerima dan menilai aduan daripada pembeli berkenaan dengan kualiti Rumah Selangorku
-
Senaraikan jawatan dan pemegang jawatan dalam KUASEL
Senarai jawatan dan pemegang jawatan dalam Jawatankuasa KUASEL adalah seperti berikut:-
Pengerusi : YB Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
Ahli Jawatankuasa : i) Pn. Norzaton Aini binti Mohd Kassim Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)
ii) Dua (2) wakil Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Selangor)
iii) Dua (2) wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
iv) Dua (2) wakil Jabatan Kejuruteraan dan, Dua (2) wakil Jabatan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat
Urusetia : Bahagian Pembangunan LPHS - Kerajaan Negeri Selangor sangat menitik beratkan perancangan dalam jangka masa panjang bagi Jawatankuasa KUASEL kerana ianya melibatkan hak keistimewaan rakyat yang layak untuk memiliki sebuah rumah untuk didiami di Negeri Selangor dengan kualiti serta mutu binaan yang baik. Berikut adalah perancangan jangka masa panjang Jawatankuasa KUASEL yang telah dirangka:
- Lawatan tapak oleh ahli jawatankuasa ke projek pembangunan Skim Rumah Selangorku dengan lebih kerap yang akan diadakan pada ketetapan yang akan ditentukan oleh YB Dato’
- Segala penemuan dan permasalahan di tapak bina akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa KUASEL yang akan diadakan satu (1) kali setiap tiga (3) bulan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Exco dan dianggotai oleh ahli tetap jawatankuasa seperti yang dinamakan di atas serta Bahagian Pembangunan, LPHS sebagai urusetia
- Bagi memastikan setiap penemuan dan permasalahan berkaitan dengan kemungkiran dari aspek mutu dan kualiti pembinaan, ianya akan dipanjangkan kepada PBT berkaitan untuk diambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia
- Sekiranya ianya melibatkan dasar kuasa Kerajaan Negeri pula, ianya akan dipanjangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.
-
Apakah perancangan jangka masa panjang KUASEL?