Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

35) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kepada Ketua Kampung dan JKKK?

    Ketua-Ketua Kampung secara amnya merupakan mereka yang dipilih bagi mengetuai masyarakat dan mewakili Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Ketua-Ketua Kampung mempunyai prestasi yang dinilai berdasarkan faktor- faktor seperti kerjasama dengan Pejabat Daerah, kerjasama dengan penduduk, program kemasyarakatan yang dianjurkan, masalah disiplin, tempoh berkhidmat dan ulasan Pejabat Daerah.

  2. Apakah peranan JKKK bagi membanteras masalah gejala sosial?

    Secara amnya, sebagai seorang Ketua Kampung, menjadi tugas dan tanggungjawab untuk menangani masalah-masalah gejala sosial yang dihadapi di kampung. Antara kaedah JKKK membanteras gejala sosial adalah dengan bekerjasama menjayakan program-program anti dadah dan anti zina yang dianjurkan.

  3. Bagaimanakah JKKK dapat berperanan adil dalam pengagihan bantuan kepada rakyat?

    JKKK tidak mempunyai kuasa untuk memberi bantuan-bantuan Kerajaan Negeri seperti Blueprint dan sebagainya. Tugas-tugas ini adalah di bawah Jawatankuasa Tetap di mana pemilihan dilakukan secara bermesyuarat yang dipengerusikan oleh YB EXCO sendiri. Namun begitu, sekiranya JKKK mengenalpasti mereka yang layak dan memerlukan bantuan, maka nama boleh dikemukakan kepada urusetia melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.