Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
311) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ?
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan negeri akan menaikkan elaun JKKK dalam belanjawan bajet 2015 ?
Ketua-Ketua Kampung merupakan pemimpin masyarakat dan wakil Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Pemilihan Ketua-Ketua Kampung ini adalah melalui proses temuduga yang melibatkan ADUN, Ahli Parlimen kawasan serta wakil-wakil parti dan Pejabat Daerah. Pelantikan sebagai Ketua Kampung merupakan satu mandat dan amanah Kerajaan Negeri di mana Ketua-Ketua Kampung bertanggungjawab menjadi ketua masyarakat dan mengutarakan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh masyarakat Tugas Ketua Kampung merupakan satu ibadah dan juga kerja secara sukarela atau ‘social work’ tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberi elaun sebanyak RM800.00 sebulan kepada Ketua Kampung. Selain itu, setiap Ketua Kampung diberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 setahun bagi mengadakan aktiviti-aktiviti atau program-program JKKK. Kadar kenaikan elaun JKKK akan dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan keadaan ekonomi pada masa ini selain tertakluk kepada peruntukan sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Nyatakan secara terperinci jumlah terkini kampung tradisi di Negeri Selangor serta JKKK yang telah dilantik secara rasmi oleh kerajaan negeri ?
Jumlah terkini Kampung Tradisi di Negeri Selangor adalah sebanyak 368 buah kampung. Manakala jumlah Pengerusi dan Ahli JKKK di seluruh Selangor adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha, seorang Bendahari dan ahli-ahli yang lain. Jumlah keanggotaan JKKK hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lima (5) orang dan tidak melebihi lima belas (15) orang yang mewakili semua lapisan