Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
215) JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat mengikut PBT bagi tahun 2013.
Berikut bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat mengikut PBT bagi tahun 2013:
PBT Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa MBSA 5 MBPJ 9 MPK 3 MPAJ 4 MPSJ 12 MPS 5 MPKJ 3 MPSp 5 MDKL 3 MDHS 3 MDKS 3 MDSB 3 JUMLAH 58 Nota: Mengikut Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT: SPBT Bil.5/2010 menyatakan keperluan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat sebanyak 3 kali setahun
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengkaji semula fungsi dan peranan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat memandangkan ianya kurang berkesan untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan PBT.
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Penubuhan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat di semua Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2009.
Manual Tatacara Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat Pihak Berkuasa Tempatan Selangor melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT: SPBT Bil.5/2010 telah dikeluarkan dan diedarkan untuk kegunaan semua PBT. Ia bertujuan untuk mewujudkan “check and balance” dalam pengurusan kewangan dan pengurusan koporat PBT serta menjelaskan fungsi dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa berkenaan. Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak berhasrat mengkaji semula fungsi dan peranan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat.
Peranan audit dari agensi di luar PBT (Jabatan Audit Negara dan Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) juga turut memantau aktiviti dan operasi PBT bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan PBT.