Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

228) JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH MENTERI BESAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan setiap jawatan yang dipegang oleh Dato Menteri Besar di badan-badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi-agensi lain

    Senarai jawatan yang dipegang oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar di badan- badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi-agensi lain adalah seperti  di LampiranA

  2. Berapakah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh Menteri Besar untuk setiap jawatan yang disenarai di (a)?

    Jumlah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk setiap jawatan tersebut tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu.

    Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri yang ingin bertanya perlulah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar atau kepada Setiausaha Dewan. Jawapan akan diberikan hanya kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.