Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

125) JAWATAN YANG DIPEGANG MENTERI BESAR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan semua jawatan yang dipegang oleh YAB Dato Menteri Besar dalam badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi-agensi lain.

    Senarai nama jawatan yang dipegang oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di semua Badan Berkanun, Anak Syarikat dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Menteri Besar Selangor adalah seperti berikut:-

     

    Bil Nama Anak Syarikat Jawatan Yang

    Disandang

    1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) Pengerusi
    2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) Pengerusi
    3. Permodalan Negeri Selangor Berhad

    (“PNSB”)

    Pengerusi
    4. Invest Selangor Berhad (“ISB”) Pengerusi
    5. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (“PIYSB”) Pengerusi
    6. Comunication Corporation Sdn. Bhd. (“CCSB”) Pengerusi
    7. Tourism Selangor Sdn. Bhd. (“TSSB”) Pengerusi
    8. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

    (“YAQ”)

    Pengerusi
    9. Yayasan Warisan Anak Selangor (“YAWAS”) Pengerusi
    10. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

    (“PKPS”)

    Pengerusi
    11. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (“PKNS”) Pengerusi
    12. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

    (“LPHS”)

    Pengerusi
    13. Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd.

    (“PHSSB”)

    Pengerusi
    14. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Pengerusi
  2. Berapakah jumlah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh YAB Dato Menteri Besar untuk setiap jawatan yang dipegang?

    Pentadbiran ini telah mengambil kira ulasan yang diberikan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang menyatakan perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam seksyen 14, Enakmen yang sama dan Kamar Penasihat Undang-Undang juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak tertakluk terhadap keperluan untuk membenarkan penzahiran data peribadi berdasarkan Akta

Lampiran

Tiada Lampiran.