Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
42) JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pegawai kontrak di pejabat SUK dan senaraikan mengikut jawatannya?
Berdasarkan data perjawatan yang dikemas kini sehingga 2 Jun 2014, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mempunyai seramai 175 orang pegawai yang dilantik secara kontrak dan terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred. Perincian jumlah pegawai lantikan kontrak berkenaan mengikut jawatan dan Bahagian / Seksyen / Unit adalah seperti di jadual berikut:
Bil. Jawatan Bilangan 1 Pereka 1 2 Pegawai Ehwal Ekonomi 1 3 Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi 4 4 Pegawai Teknologi Maklumat 2 5 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 2 6 Pemandu Kenderaan 9 7 Juruteknik 2 8 Jurutera 3 9 Juruukur Bahan 1 10 Pembantu Teknik 1 11 Penolong Juruukur 1 12 Pegawai Undang-Undang 1 13 Pegawai Khidmat Pelanggan 1 14 Pegawai Tadbir 16 15 Pembantu Am Pejabat 11 16 Pembantu Operasi 2 17 Pembantu Penguatkuasa 14 18 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 46 19 Pembantu Tadbir Rendah 1 20 Penolong Pegawai Penguatkuasa 1 21 Penolong Pegawai Tadbir 19 22 Pekerja Awam 4 Bil. Jawatan Bilangan 23 Pemandu Kenderaan 12 24 Tukang K3 1 25 Pegawai Berita 1 26 Pembantu Belia Dan Sukan 1 27 Penolong Pegawai Penerangan 1 28 Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1 29 Akauntan 2 30 Pembantu Tadbir Kewangan 11 31 Penolong Akauntan 2 32 Penolong Juruaudit 1 Jumlah Keseluruhan 175 -
Apakah kerajaan negeri berhasrat memberikan jawatan tetap kepada penjawat kontrak tersebut?
Pada dasarnya, Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memberikan nilai tambah kepada aspek pembangunan kerjaya dan kebajikan anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Selangor meliputi anggota yang dilantik secara tetap, kontrak mahupun sambilan.
Istilah ‘menyerap masuk’ anggota lantikan kontrak ini kepada perjawatan tetap tidak wujud dan tidak dilaksanakan kerana urusan pelantikan ke jawatan tetap ini mempunyai prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) masing-masing dan perkara ini tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks Pentadbiran Kerajaan Negeri, PBM ini merangkumi pihak-pihak berkuasa berikut:
Bil. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Catatan 1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
(SPANS)
Bertanggungjawab melantik anggota tetap bagi mengisi waran perjawatan di Jabatan / Agensi Negeri Selangor kecuali Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.
2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bertanggungjawab melantik anggota tetap bagi mengisi waran perjawatan di PBT masing-masing. 3. Badan Berkanun Negeri (BBN) Bertanggungjawab melantik anggota tetap bagi mengisi waran perjawatan di BBN masing-masing. 4. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Bertanggungjawab melantik anggota di Anak-anak syarikat masing-masing. Nota: waran perjawatan ini merujuk kepada perjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan diperakukan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri dalam membantu anggota lantikan kontrak ini untuk mendapat peluang dilantik ke jawatan tetap adalah seperti berikut:
- Memberikan peluang kepada anggota kontrak yang telah lama berkhidmat (sekurang-kurangnya lima (5) tahun) dan berprestasi cemerlang untuk dipanggil ke sesi temuduga jawatan-jawatan yang bersesuaian. Faktor pengalaman dan pendedahan terhadap pengoperasian di Jabatan / Agensi Kerajaan sepatutnya memberikan kelebihan kepada mereka untuk dilantik ke jawatan tetap yang ditawarkan berbanding calon luar; dan
- Mewujudkan perjawatan tetap tambahan berdasarkan justifikasi perluasan skop dan kompleksiti tugas sedia ada. Sekiranya permohonan penambahan jawatan ini diluluskan, maka urusan pelantikan ini dilaksanakan berdasarkan prosedur standard yang ditetapkan oleh PBM dan anggota lantikan kontrak diberikan peluang sama rata berbanding calon lain untuk memohon mengisi jawatanjawatan yang ditawarkan.