Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
78) JAWATAN DI PWB
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah struktur PWB? Sila nyatakan KPI bagi setiap jawatan di dalam struktur ini?
Kerajaan Negeri komited dalam pembentukan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap DUN. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengeluarkan garis panduan (manual prosedur operasi) sebagai sumber rujukan kepada semua para penyelia PWB di dalam mengendalikan dan melaksanakan program PWB di seluruh
Struktur PWB di setiap DUN adalah diketuai oleh seorang penyelia PWB yang dilantik secara Contract For Service oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor. Penyelia yang dilantik ini adalah digalakkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil di peringkat PWB DUN bagi memastikan segala program dan aktiviti yang telah dirancang dapat di selaras dan dilaksanakan dengan jayanya bersama komuniti wanita di kawasan DUN tersebut.
Seramai empat (4) orang telah dilantik sebagai pengurusan penyelia PWB yang akan mengetuai Struktur PWB DUN Selangor dan berperanan dalam merancang, menyedia, menyelaras modul dan memastikan aktiviti/program PWB DUN yang dijalankan dilaksanakan dengan jayanya. Lantikan pengurusan PWB ini adalah selaras dengan keputusan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) No.57/15/2015 yang telah disahkan oleh MMKN ke 16/2015 pada 13 Mei 2015 yang lalu.
Pengurusan PWB ini adalah terdiri daripada empat (4) orang, diketuai oleh seorang Penyelaras PWB dan seorang Penolong Penyelaras PWB serta dua
- orang Pembantu Penyelaras PWB yang ditempatkan di pejabat Yang Berhormat
Bagi jawatan penyelia PWB, mereka bertanggungjawab dalam :
- Menyedia dan mengemukakan takwim PWB dengan merancang, merangka dan menyelaras aktiviti/program PWB DUN masing-masing;
- Menyediakan kertas kerja bagi pelaksanaan aktiviti/program yang telah dirancang dan mendapatkan kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sekurang-kurangnya empat (4) minggu sebelum melaksanakan aktiviti/program;
- Memastikan pengurusan kewangan dan segala pembayaran adalah mengikut prosedur kewangan Kerajaan Negeri yang sedang berkuatkuasa;
- Menyedia dan mengemukakan laporan bergambar dalam tempoh tujuh
(7) hari bekerja selepas pelaksanaan aktiviti/program dan lain-lain laporan berkaitan kepada Unit Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Seksyen Sektoral, UPEN Selangor bagi tujuan pembayaran elaun, pemantauan dan pelaporan keaktifan dan keberkesanan PWB di DUN kepada Yang Berhormat Exco;
- Mempromosi dan mendapatkan penyertaan komuniti setempat terutama golongan wanita bagi menjayakan setiap aktiviti/program yang dirancang oleh PWB DUN (minima 15 orang/DUN), Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga serta lain-lain program Kerajaan Negeri di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) (minima 30 orang/DUN);
- Melaksanakan aktiviti/program mengikut Sasaran Kerja Tahunan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga di peringkat komuniti dan DUN;
- Membantu menyelaras aktiviti/program turun padang Yang Berhormat Exco ke DUN-DUN terpilih;
- Memantau dan mengemaskini aset dan peralatan asas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa;
- Mewujudkan pangkalan data wanita di kawasan setempat berdasarkan golongan wanita yang telah dikenalpasti;
- Mengadakan mesyuarat PWB secara berkala bersama Ahli Jawatankuasa bagi memastikan pengurusan operasi PWB dan pelaksanaan aktiviti/program yang telah dirancang berjalan dengan lancar;
- Memastikan keselamatan, kebersihan dan keharmonian PWB DUN dengan masyarakat setempat khususnya golongan wanita sentiasa terpelihara;
- Mengemukakan laporan kehadiran dan laporan bulanan PWB kepada Seksyen Sektoral, UPEN Selangor bagi tujuan pemantauan dan bayaran perkhidmatan.
-
Bagaimanakah prestasi setiap penjawat ini di ukur?
Kerajaan Negeri amat menitik beratkan kualiti perkhidmatan yang disalurkan oleh penyelia PWB DUN kepada wanita setempat. Justeru itu, prestasi perkhidmatan para penyelia PWB dan pihak pengurusan PWB ini dipantau oleh Kerajaan Negeri melalui Borang Penilaian Prestasi yang telah disediakan. Prestasi para penyelia PWB dinilai dari segi kehadiran, pelaksanaan program- program PWB, serahan dokumen-dokumen berkaitan dan kemahiran serta kebolehan yang ditunjukkan para penyelia PWB ini di sepanjang tempoh perkhidmatan
Penilaian prestasi penyelia PWB ini dibuat oleh ADUN kawasan sebagai penilai pertama, pengurusan PWB Selangor sebagai penilai kedua dan Yang Berhormat Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor sebagai pembuat keputusan dalam memperakukan seseorang penyelia itu dilantik semula bagi tujuan penyambungan kontrak berdasarkan skala markah prestasi keseluruhan seperti berikut :
Cemerlang Baik Memuaskan Kurang Memuaskan 76-100 51-75 26-50 1-25 -
Apakah bimbingan dan kursus yang diberikan kepada mereka? Sila nyatakan program dan jumlah kewangan yang diperuntukkan
Para penyelia PWB merupakan agen informasi dan perantara antara Kerajaan Negeri dan orang awam di akar umbi. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan memastikan para penyelia PWB ini sentiasa mendapat ruang dan peluang dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Bagi tahun 2015, antara kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri kepada para penyelia PWB seluruh Selangor adalah seperti berikut:
BIL
KURSUS
TARIKH
TEMPAT
PERUNTUKAN (RM) 1.
Kursus Asas Penyelia PWB Selangor 2015 14 & 15 April 2015
Hotel Impian, Morib 22,190.00
2.
Kursus Pengurusan Kewangan Berhemah, Kemahiran Organisasi Dan Kefahaman Gender Untuk Penyelia PWB Selangor 10 & 11 Ogos
2015
Hotel Premiere, Klang
29,070.00
3.
Kursus Pengucapan Awam Untuk Para Penyelia PWB Selangor 6 November
2015
Hotel Premiere, Klang
15,950.00
4.
Program Pemantapan Organisasi Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor 2016 8, 9, & 10
Januari 2016
Hotel Impian, Morib
38,780.90