Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
53) JAWATAN DAN PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini?
- Kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di antara 30 – 65 tahun;
- Hendaklah tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia, kecuali bagi Ketua Kampung bukan Melayu memadailah ia tahu bertutur Bahasa Melayu;
- Hendaklah telah berumah tangga (beristeri) di dalam kampung itu dan telah bermastautin dalam kampung sekurang-kurangnya 2 (dua) tahun. Bagi kampung yang baru dibina, syarat ini boleh dilonggarkan mengikut budi bicara Pegawai Daerah;
- Hendaklah ia bekerja sendiri di kampung berkenaan itu ataupun menjalankan pekerjaan lain tetapi yang difikirkan masa dan tenaganya yang berpatutan bagi jawatan sebagai Ketua Kampung;
- Hendaklah ia seorang yang bukan kakitangan Kerajaan; dan
- Hendaklah ia berkelakuan baik.
-
Berapakah jumlah ketua-ketua kampung yang telah dilantik mengikut komposisi kaum dan juga kawasan di dalam Negeri Selangor pada masa kini?
- Jumlah Ketua-Ketua Kampung yang telah dilantik mengikut komposisi kaum dan juga kawasan di dalam Negeri Selangor pada masa kini adalah seramai
Bil. Kampung Jumlah Ketua Kampung (orang) Komposisi Kaum 1 Kampung Tradisi 368 Melayu – 368 orang 2 Kampung Cina 78 Cina – 76 orang India – 2 orang -
Apakah perbezaan tugas-tugas dan juga tanggungjawab yang harus dipikul antara jawatan Ketua Kampung dan juga Ahli-Ahli Majlis?
- Perbezaan tugas-tugas dan juga tanggungjawab yang harus dipikul antara jawatan Ketua Kampung dan juga Ahli Majlis adalah seperti berikut :-
Tugas-tugas dan tanggungjawab Ketua Kampung:
Ketua Kampung adalah bertanggungjawab ke atas segala arahan dari Pegawai Daerah. Pegawai Daerah memberi tanggungjawab kepada Ketua Kampung di atas kemajuan dan keselamatan kampungnya di samping mematuhi syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut :-
- Bertanggungjawab menyampaikan kepada penduduk kampung segala dasar- dasar Kerajaan dan menasihati mereka supaya mematuhi dan taat setia kepada Kerajaan yang memerintah di samping memberikan unjuran, galakan dan tegahan berikut :
- Berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan diri, keluarga dan kampung;
- Mengamalkan suruhan agama dan berpegang kepada adat resam bangsa yang bersesuaian dengan kehendak masa;
- Menggalakkan orang-orang kampung membayar apa-apa hasil kepada Kerajaan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang;
- Memberikan bantuan yang munasabah kepada kakitangan Kerajaan yang menjalankan tugas di dalam kampung;
- Menggalakkan pembentukan semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain; dan
- Mencegah dan menjauhkan diri dari perbuatan
- Hendaklah berunding dengan Penghulu Mukim terlebih dahulu bagi semua perkara yang berkaitan dengan hal ewal kemajuan dan keselamatan kampung sebelum disampaikan kepada Kerajaan; mempengerusikan mesyuarat JKKK; bertanggungjawab menentukan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan juga keselamatan kampung; bertanggungjawab menentukan segala program dan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri; dan menjadi penolong penasihat (mengikut mana-mana tatacara dan kaedah yang berkaitan), kepada badan sukarela lain yang ada di dalam kampung seperti Jawatankuasa Masjid/Surau, Persatuan Belia dan Perkumpulan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan:
Ahli Majlis adalah bertanggungjawab ke atas segala arahan dari Yang DiPertua Majlis. Yang DiPertua Majlis memberi tanggungjawab kepada Ahli Majlis sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (melaksanakan mengenai soal-soal pembangunan fizikal seperti pembinaan jalan, parit dan bangunan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan), sebagai penasihat kepada majlis, sebagai mewakili rakyat, membuat dan meluluskan undang-undang kecil, sebagai pendokong dasar majlis, sebagai penyemak pelaksanaan dasar, sebagai tenaga penggerak masyarakat, dan sebagai pemantau terhadap integriti dan akauntabiliti pbt.