Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
252) JARINGAN KESELAMATAN (SAFETY NET)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri Selangor menyediakan jaringan keselamatan (safety net) seperti bantuan memulakan perniagaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Sila nyatakan bentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk peniaga?
Di bawah Kerajaan Negeri Selangor, telah diwujudkan satu program yang dikenali sebagai membina jaringan perniagaan di kalangan sadiq (berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan atau RM350 perkapita) dan bukan sadiq bagi melahirkan usahawan kecil dan sederhana . Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah pembiayaan modal tanpa cagaran, tanpa penjamin, tanpa mengira fahaman politik dan bebas daripada diambil tindakan undang-undang bagi menjana pendapatan keluarga. Penerima bantuan perlulah membentuk kumpulan yang terdiri dari 5 orang ahli setiap
-
Apakah indikator penting bagi memantau keberkesanan program jaringan keselamatan ini?
Indikator penting bagi memantau keberkesanan program jaringan perniagaan ini adalah bilangan penerima bantuan dan peratusan pembayaran balik pembiayaan. Peratusan kutipan pembayaran balik pembiayaan adalah sebanyak 98% dengan jumlah keseluruhan penerima bantuan seramai 8,396 penerima dengan nilai keseluruhan berjumlah RM61,657,650.00. Di samping itu juga, mesyuarat berkala secara mingguan juga turut dijalankan bersama penerima bantuan.
-
Sila nyatakan jumlah dan nilai bantuan yang telah disalurkan kepada penerima mengikut DUN?
Bantuan yang disalurkan adalah mengikut daerah. Berikut adalah jumlah dan nilai bantuan yang telah disalurkan :
DAERAH BIL. PENERIMA JUMLAH PEMBIAYAAN (RM) Sabak Bernam 1273 11,557,200.00 Hulu Selangor 1106 9,125,900.00 Kuala Selangor 1345 7,894,750.00 Hulu Langat 1394 8,393,800.00 Kuala Langat 1227 9,822,000.00 Sepang 945 7,792,500.00 Gombak 277 1,232,300.00 Petaling 442 3,630,400.00 Klang 387 2,208,800.00 Jumlah 8396 61,657,650.00