Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
143) JARINGAN INTERNET
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan mewujudkan kemudahan jaringan internet di peringkat balai raya MPKK khususnya bagi penduduk kampung di kawasan Batang Kali?
Kerajaan Negeri akan mewujudkan kemudahan jaringan internet melalui program WiFi Smart Selangor di peringkat balai raya MPKK di kawasan Batang Kali seperti yang dirancangkan bagi tahun 2022. Sejak penjajaran semula WiFi Smart Selangor pada Julai 2020, program ini memberi focus kepada lima kluster utama iaitu :
- Perumahan kos rendah;
- Pendidikan, Kesihatan & Keagamaan;
- Pusat Komuniti;
- Pengangkutan, Sukan & Rekreasi; dan
- Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
Oleh yang demikian, Balai Raya MPKK adalah termasuk di dalam kluster tersebut. Antara kriteria lain bagi pemasangan WiFi Smart Selangor adalah ketersediaan infrastruktur telekomunikasi di kawasan tersebut dengan capaian minima 100Mbps bagi setiap Akses Pint atau hotspot.