Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
213) JARINGAN HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status dan seterusnya tindakan ke atas Kajian Model Jaringan Hijau di tiga buah kawasan kediaman kos rendah untuk tingkatkan akses kepada kemudahan awam bagi penghuni pangsapuri berkaitan?
Status kajian Model Jaringan Hijau di tiga buah kawasan kediaman kos rendah yang dilaksanakan oleh Tetuan UKMPakarunding telah pun selesai dan sedia digunapakai oleh Kerajaan Negeri. Kajian ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu SDG-3 (Menjamin kehidupan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan untuk semua peringkat umur), SDG-11 (untuk menjadikan bandar selamat, berdaya huni dan mampan), serta SDG-16 (Mempromosikan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan yang mampan, menyediakan keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
Berdasarkan laporan kajian tersebut, anggaran kos keseluruhan bagi membangunkan model jaringan di tiga kawasan kediaman kos rendah adalah berjumlah RM2,983,290.00. Pecahan kos-kos mengikut kawasan adalah seperti berikut:-
Bil. Nama Kawasan Nama PBT
Jumlah Anggaran Kos
1. Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Ampang MPAJ
RM 1,000,450.00
2. Flat Kajang Utama, Kajang MPKJ
RM 998,140.00
3. Flat PKNS PJS 2, Petaling Jaya MBPJ
RM 984,700.00
Jumlah Keseluruhan
RM2,983,290.00
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan PlanMalaysia Selangor telah menggunapakai hasil laporan kajian ini untuk pelaksanaan program Pembangunan Fizikal Berdaya Huni (SDG-11). Program ini akan menambahbaik ruang persekitaran sedia ada di beberapa buah pangsapuri kos rendah sebagai menggalakkan interaksi penduduk setempat seterusnya menjamin kualiti kehidupan penduduk yang lebih baik. Elemen-elemen berdaya huni yang dimasukkan dalam program ini antaranya menaiktaraf taman rekreasi dan infrastruktur sedia ada, pembukaan kebun komuniti serta pengindahan kawasan pangsapuri yang mana bukan sahaja boleh digunakan oleh penduduk setempat tetapi penduduk kawasan-kawasan berdekatan. Berikut adalah nama-nama kawasan lapang yang telah dan sedang dinaiktaraf di bawah program Pembangunan Fizikal Bandar Berdaya Huni (SDG-11) negeri Selangor:-