Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

83) JARINGAN CAPAIAN 5G

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah jaringan capaian liputan 5G di Selangor sehingga kini? Adakah menyeluruh hingga ke pinggir bandar juga kampung?

    Pelaksanaan jaringan capaian liputan 5G di Selangor adalah secara berfasa. Menurut data laporan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga Februari 2022. pelaksanaan Fasa 1A pada tahun 2021 meliputi kawasan Cyberjaya iaitu dengan sebanyak 28 tapak telah berjaya disiapkan. Sebanyak 1551 unit struktur rangkaian 5G di Negeri Selangor bagi Fasa 2 akan dipasang sepanjang tahun 2022.

    Jadual 1: Pelan perancangan rangkaian 5G di Negeri Selangor bagi tahun 2022.

    Untuk makluman, teknologi rangkaian 5G ini berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan kelajuan jalur lebar sehingga 10Gbps dengan 1ms latency. Ia juga mampu memberi perkhidmatan kepada 1juta peranti bagi setiap satu kilometer persegi.

  2. Sejauh manakah pentadbiran Kerajaan Negeri bersedia menerima teknologi ini dan berapa peruntukan disediakan untuknya?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel Sdn Bhd sedang merangka cadangan kerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pemberi rangkaian borong tunggal 5G di Malaysia. Syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih sedia ada; Celcom, Maxis, Digi, UMobile, TM WebE dan YES akan menyewa perkhidmatan rangkaian 5G daripada DNB. Smartsel juga akan berperanan dalam pembangunan infrastruktur 5G di kawasan perindustrian dan komuniti di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.