Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

227) JANJI MANIFESTO Ð PENGURANGAN CUKAI PINTU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat manakah pelaksanaan skim mengurangkan cukai pintu rumah kediaman dan premis komersial di negeri ini?

    Pelaksanaan dasar pengurangan (diskaun) cukai pintu kepada pemilik pangsapuri kos rendah telah dikuatkuasakan pada bulan September 2012 bermula penggal Julai sehingga Disember

  2. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rakyat yang masih belum menerima potongan kadar cukai pintu seperti yang dijanjikan?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 28/2012 telah meluluskan pengurangan kadar cukai pintu kepada pemilik pangsapuri kos rendah di semua PBT Negeri Selangor. Pelaksanaan pengurangan ini telah dilaksanakan berdasarkan Pekeliling LPHS/BL/7/00/11 (11). Sebanyak 25% diskaun diberikan kepada pemilik pangsapuri yang mendiami hartanah tersebut dengan mengemukakan dokumen Hak Milik Strata. Kaedah pemberian diskaun diberikan secara terus apabila membuat bayaran di kaunter

Lampiran

Tiada Lampiran.