Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
171) JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengenai janji Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah. Seperti yang diumumkan, keluarga yang berpendapatan rendah hanya perlu membayar RM1,000.00 untuk memiliki sebuah rumah mampu milik. Adakah Menteri Besar sedar bahawa rakyat Selangor merasa tertipu dalam hal memiliki rumah sendiri. Seperti yang diketahui agensi kerajaan dan syarikat swasta atas pertimbangan keuntungan lebih berminat membangunkan rumah kos sederhana dan mewah yang di luar kemampuan majoriti rakyat Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa sedar tentang peningkatan harga jualan yang semakin melambung Oleh itu, bagi membantu rakyat di Negeri Selangor berpeluang memiliki rumah, Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar khusus bagi pembangunan tanah. Pembangunan tanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di Luar Lembah Klang pula dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Manakala bagi pembangunan yang kurang daripada 10 ekar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana dikenakan bagi kawasan dalam Lembah Klang.
Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik turut ditetapkan. Harga jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut:
Dalam kawasan Majlis 20% rumah kos rendah 42,000.00 Perbandaran (Lembah Klang) 20% rumah kos sederhana rendah 72,000.00 10% rumah kos 100,000.00 sederhana Lain-lain jenis bangunan Bebas kediaman Dalam kawasan Majlis 20% rumah kos rendah 35,000.00 Daerah 20% rumah kos 60,000.00 sederhana rendah 10% rumah kos 85,00000 sederhana Lain-lain jenis bangunan Bebas kediaman Luar kawasan Majlis 20% rumah kos rendah 30,000.00 Daerah / Majlis Perbandaran 10% rumah kos sederhana rendah 50,000.00 10% rumah kos 70,000.00 sederhana Lain-lain jenis bangunan Bebas kediaman Selain daripada itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dengan reka bentuk baru yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati kurangnya atau melebihi permintaan terhadap rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurang- kurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM200,000.00 yang mampu dibeli.
Bagi tujuan pengawalan pula, segala syarat penetapan komposisi pembinaan rumah dan harga jualan rumah akan dimasukkan dalam sebarang kelulusan pemberimilikan dan pembangunan tanah untuk tujuan pengawalan oleh semua pihak terlibat yang memberi kelulusan pelan pembangunan. Sebarang ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri akan memberi kesan terhadap proses pindah milik daripada pemaju kepada pembeli pertama.
-
Bilangan rumah kos rendah di bawah Skim Perumahan Mampu Milik yang telah dibina sejak skim itu dilancarkan pada tahun 2009?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 3,527 unit Rumah Kos Rendah yang telah dibina dan boleh ditawarkan kepada pembeli yang Projek-projek adalah seperti berikut:
Aman Perdana Fasa 2 Intramewah Sdn. Bhd.
Klang 320 Setia Alam Fasa 2 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd.
Seksyen U13, Shah Alam
725 Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3
Gabungan Efektif Sdn. Bhd.
Klang 800 Taman Damai Utama Medan Damai Sdn. Bhd.
Petaling 730 Bandar Saujana Utama 3
Regency Land Bhd. Bhd.
Kuala Selangor
424 Saujana Rawang Glomac Rawang Sdn. Bhd.
Rawang 100 Perdana Residence 2 Nova Century Sdn. Bhd.
Gombak 108 Taman Puchong Prima Mitrajaya Homes Sdn. Bhd.
Petaling 212 Wawasan Asli Wawasan Asli Sdn. Bhd.
Klang 30 Taman Seri Sekamat Loyal Seira Dev. Sdn. Bhd.
Cheras 78 Jumlah 3,527