Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

191) JANJI AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri tersilap langkah dan tidak sanggup menunaikan janji air percuma kepada setiap rakyat?

    Kerajaan Negeri Selangor kekal komited melaksanakan pemberian air percuma di Selangor. Namun setiap sen dana negeri yang dibelanjakan haruslah berasas dan dapat diaudit serta perlu dipastikan agar tiada berlaku pertindihan atau

     

    Sedangkan pemberian BR1M pun bersyarat bagi memastikan hanya SEORANG yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah sahaja yang layak, begitu juga dengan pemberian air percuma cara memastikan penerima adalah pengguna bekalan air yang sah tanpa sebarang keraguan ialah dari rekod bil air melalui meter individu.

     

  2. Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa mereka gagal menunaikan janji memberi air percuma pada setiap rakyat?

    Isu timbul berikutan ketiadaan meter individu di kawasan pangsapuri yang rata- rata dibekalkan dengan meter pukal. Namun begitu kelonggaran diberi kepada Pangsapuri KOS RENDAH untuk menikmati PEMBERIAN AIR PERCUMA tanpa migrasi, melalui program KUPON (telah dimansuhkan) dan terkini program “LAPOR & DAPAT”. Rekod menunjukkan 92.2% atau 214 dari 232 kawasan pangsapuri kos rendah telah menerima air percuma melibatkan kos sebanyak RM6,047,993.43.

     

    Hanya 18 kawasan masih belum menikmatinya disebabkan:

     

    1. Tiada tenaga   kerja    yang   mencukupi  bagi   mengurus  tuntutan  air percuma (13 kawasan)
    2. Pemaju enggan membuat tuntutan air percuma (1 kawasan)
    • JMB enggan membuat tuntutan air percuma (1 kawasan)
    1. Dalam proses tuntutan (3 kawasan)

     

     

     

    Air percuma kepada pangsapuri BUKAN KOS RENDAH hanya diberi kepada kawasan yang telah melaksanakan MIGRASI METER AIR PUKAL KEPADA METER AIR INDIVIDU.

     

    Punca migtasi meter individu tidak dapat dilaksanakan di                kawasan ini adalah

    kerana:

     

    1. Tunggakan pada meter air pukal yang terlalu

     

    1. Penduduk enggan membayar bil air kerana bilangan penyewa lebih tinggi dari pemilik yang mendiami kawasan

     

    • Pemaju tidak bersetuju deposit meter air pukal sedia ada dikontra untuk menyelesaikan tunggakan bil air meter

     

    1. Tidak memenuhi syarat teknikal yang ditetapkan SYABAS – melibatkan kos

Lampiran

Tiada Lampiran.