Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
107) JANGKAAN ISU /MASALAH SAMPAH DIURUS SECARA BERKESAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Isu sampah merata masih menjadi isu utama di Selangor. Bilakah kerajaan Selangor menjangka akan boleh menyelesaikan masalah ini secara total?
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan serius dalam menangani masalah sampah ini walaupun tidak sepenuhnya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor antaranya ialah:-
- Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh tiga (3) hingga 20 tahun dalam pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam pelan jangka panjang ini termasuklah:-
- Menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif dan mengikut kajian kos untuk tempoh 10 hingga 20 tahun;
- Menjalankan Projek Perintis Kitar Semula di kawasan PBT bagi mendapatkan maklumat dan melihat trend penduduk di beberapa kawasan dalam amalan kitar semula;
- Menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;
Kerajaan Negeri juga melalui UPEN sedang meneliti dan mengkaji cadangan/keperluan untuk mewujudkan SPV (Special Purpose Vehicle) bagi mengatasi perkara ini secara holistik tertakluk kepada keperluan.
- Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh tiga (3) hingga 20 tahun dalam pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam pelan jangka panjang ini termasuklah:-
-
Apakah langkah untuk menyesuaikan isu setempat bagi mempastikan tiada alasan sampah tidak dikutip di lorong yang sempit?
- Antara langkah yang boleh diambil oleh PBT dalam menangani masalah kutipan sampah di lorong sempit antaranya adalah:-
- Menggunakan lori kecil (1 tan).
- Menggunakan trisikal (motosikal roda tiga).
- Setiap lot / lorong yang sempit perlu menyediakan tempat kutipan sampah yang terkawal dengan meletakkan tong sampah bertutup di muka lorong
- Antara langkah yang boleh diambil oleh PBT dalam menangani masalah kutipan sampah di lorong sempit antaranya adalah:-