Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

112) JAMINAN KESELAMATAN PBT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat inisiatif untuk menambah CCTV dan pegawai penguat kuasa dalam manifesto PRU-13 Pakatan untuk keselamatan di kawasan majlis tempatan. Apakah status akhir pelaksanaan inisiatif ini?

    Kerajaan Negeri telah pun mengadakan perjumpaan bersama syarikat perbankan dan persatuan bagi jenis perniagaan berisiko tinggi berlaku jenayah seperti kedai emas, pengurup wang dan pajak gadai yang beroperasi di Negeri Selangor bagi menyatakan hasrat Kerajaan agar pihak swasta bekerjasama memasang CCTV di luar premis perniagaan mereka sebagai salah satu usaha selain yang dilakukan oleh

    Manakala bagi penambahan CCTV sedia ada oleh Kerajaan Negeri masih di peringkat perancangan kerana tumpuan diberikan untuk menyelesaikan proses pemasangan CCTV sejumlah 414 kamera oleh pihak GTC Global Sdn Bhd. Setelah CCTV tersebut dapat beroperasi dengan stabil penumpuan akan diberikan untuk menambah pemasangan CCTV baru.

    PBT yang mempunyai kemampuan kewangan sedang di dalam proses untuk menambah anggota dan pegawai penguat kuasa sedia ada. Berikut adalah inisiatif yang dalam tindakan PBT:-

     

    BIL PBT KEPERLUAN JUSTIFIKASI
    1. MBSA 100 ANGGOTA PENUBUHAN UNIT POLIS BANTUAN
    2. MBPJ 55 ANGGOTA PERTAMBAHAN KEPADA YANG SEDIA ADA

     

    3. MPKj 91 ANGGOTA PERTAMBAHAN KEPADA YANG SEDIA ADA
    4. MPS 50 ANGGOTA PERTAMBAHAN KEPADA YANG SEDIA ADA
    5. MPKlang 34 ANGGOTA PERTAMBAHAN KEPADA YANG SEDIA ADA
    6. MPAJ 15 ANGGOTA PERTAMBAHAN KEPADA YANG SEDIA ADA

     

  2. Nyatakan syarikat kontraktor yang akan menguruskan projek CCTV ini dan rasional pemilihan mereka?

    Syarikat kontraktor yang akan menguruskan projek CCTV ini masih belum diputuskan oleh Kerajaan

  3. Nyatakan statistik keberkesanan inisiatif ini dalam menjamin keselamatan awam di kawasan PBT?

    Statistik keberkesanan inisiatif ini dalam menjamin keselamatan awam di kawasan PBT masih belum dapat dibekalkan kerana ianya belum dilaksanakan sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.