Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
152) JAMINAN GURU KAFA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sebenar guru KAFA yang telah ditamatkan kontrak kerana tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19 di Negeri Selangor sehingga kini?
Sehingga Julai 2022 seramai 45 orang guru KAFA telah ditamatkan kontrak kerana tidak mengambil suntikan vaksinasi COVID19.
-
Apakah bantuan yang telah disalurkan kepada guru-guru KAFA yang ditamatkan kontrak ini bagi meringankan kehidupan mereka?
Tiada bantuan yang disalurkan kerana notis awal telah dimaklumkan kesan sekiranya tidak mengambil suntikan vaksin COVID 19.