Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

267) JAMINAN BEKALAN MAKANAN (FOOD SECURITY)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk jaminan bekalan makanan (Food Security)?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) sebagai satu usaha untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Dasar tersebut merangkumi keseluruhan pelaksanaan program pertanian bermula dari Kajian Dan Pembangunan (R & D) sehinggalah ke pemasaran dengan mengambil kira faktor harga yang akan memberikan faktor menang-menang di mana pengusaha beroleh hasil pendapatan yang baik manakala pengguna memperolehi harga yang mampu beli.

    Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) tersebut adalah merangkumi 5 dasar dan 9 kluster seperti berikut :-

    1. Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
    2. Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
    4. Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
    5. Agro Pelancongan (Agro Tourism).

    Objektif PeTA adalah seperti berikut :-

     

     

    1. Produktiviti

    Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL).

     

    1. Ekonomi

    Meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor.

     

    1. Modal Insan

    Mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbangan secara hands-on kepada mereka yang berminat.

    Bagi pelaksanaan PeTA tersebut, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu :-

    1. Agro Prihatin
    • Pengurusan lambakan hasil pertanian.
    • Pemberian bantuan / insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).

     

    1. Agro Komuniti
    • Program agro bandar dan kebun komuniti.
    • Agro Siswa.
    • Agro Sekolah.

     

    1. Agro Centre Of Excellence (ACE)
    • Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.

     

    1. Agropreneur Selangor
    • Mewujudkan lebih ramai agroprenuer.
    • Program Ikon Selangor.
    • Pendaftaran agroprenuer.

     

     

     

     

    1. Agro Pelancongan
    • Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
    • Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.

     

    1. Maju Agro Selangor
    • Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer.
    • Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.

     

    1. Agro Niaga
    • Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap.
    • Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara.
    • Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.

     

    1. E-Agro
    • Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
    • Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.

     

    1. Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
    • Pembukaan lebih banyak Kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.
  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bekalan mencukupi?

    Kaedah bagi memastikan bekalan makanan mencukupi adalah bermula dengan data-data yang diperolehi di bawah Kluster 8 iaitu jumlah pengeluaran dan pengusaha yang terlibat serta lokasi projek tersebut. Melalui kaedah tersebut, perancangan boleh dibuat berdasarkan kepada hasil jenis apakah yang perlu diberikan perhatian untuk dipertingkatkan hasil.

    Walau bagaimanapun, selain dari pelaksanaan projek-projek tersebut secara fizikal di dalam Negeri Selangor, jaminan bekalan makanan juga turut akan mengambil kira keperluan untuk membawa masuk dari negeri-negeri dalam negara mahupun di eksport dari negara luar sebagai contoh pengeluaran hasil daging lembu dan kambing yang masih berada pada tahap kurang dari 5%, adalah amat sukar untuk menjadikan ianya sehingga 100% memandangkan keperluan kepada kawasan yang luas serta pelaburan yang tinggi. Namun ianya boleh dicapai pada jangka masa yang panjang dengan syarat pada ketika itu telah ada teknologi kaedah penternakan yang bersesuaian.

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan harga makanan terkawal?

    Bagi memastikan harga makanan terkawal, ianya perlulah bermula dari ladang iaitu kos pengeluaran yang tidak melambung tinggi disebabkan oleh kos bahan mentah yang meningkat kesan daripada penyusutan nilai matawang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telahpun mula mempromosikan penggunaan input-input pertanian bersifat organik dan boleh dikeluarkan di dalam negara dengan menggunakan bahan mentah tempatan seperti pelaksanaan projek tanaman jagung biijirin di mana melalui projek tersebut kos makanan ternakan boleh dikurangkan sehingga 50%.

Lampiran

Tiada Lampiran.