Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
252) Jaminan Bekalan/Keselamatan Makanan (Food Security) Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan tanah simpanan kerajaan dan kepunyaan GLC yang belum dibangunkan telah diusahakan untuk aktiviti pertanian?
Terdapat beberapa inovasi pertanian yang telah diteroka dan digunapakai di Selangor. Antaranya adalah teknologi nutrient film technique (NFT), airhydropot, plant factory, vertical farming, hidroponik, akuaponik, fertigasi dan IOT.
-
Apakah inovasi dan teknologi baru pertanian yang telah diterokai dan digunapakai?
Pelaksanaan SELDEC adalah lengkap dengan keperluan ekosistem seperti penyediaan platform digital, kerjasama dengan Usahawan, supply chain, logistik oleh Seldec Rider dan kemudahan pembayaran di atas talian. Bagi pusat pengedaran (Hub & Nodes) dan logistik, SELDEC membahagikan kawasan di negeri Selangor kepada 4 kawasan utama bagi pengembangan hub dan nodes untuk memudahkan penghantaran dan pembeli dapat menikmati kos penghantaran yg murah. Seldec bekerjasama dan berganding bahu bagi menjayakan SELDEC dan menjadikan Selangor sebagai peneraju di dalam “Business Digital’ dengan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Verterinar, SITEC, Hijrah, UPEN, PKNS, SAY,Majlis Sukan Negeri dan banyak lagi. Sehingga hari ini terdapat 520 pengusaha/peniaga dan 900 pelanggan dengan lebih 40,000 transaksi dijalankan. SELDEC mensasarkan jumlah pelanggan sebanyak 100,000 orang menjelang tahun kedua perlaksanaannya.
-
Apakah status prestasi SELDEC sebagai platform pasaran dalam talian?