Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
165) JAMBATAN TERBENGKALAI YANG MENGHUBUNGKAN KOTA WARISAN DAN KLIA, SEPANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status jambatan sambungan yang terletak di persimpangan Jalan Persekutuan FT 29 dan Jalan Persekutuan FT 32?
Status terkini projek jambatan sambungan yang terletak di persimpangan Jalan Persekutuan FT 29 dan Jalan Persekutuan FT 32 adalah dalam peringkat pembinaan dan masih dalam peringkat pembersihan tapak dan penyediaan pejabat tapak.
-
Bilakah projek jambatan tersebut akan dimulakan semula?
Berikut adalah tarikh mula dan tarikh siap projek berkenaan;
Tarikh milik tapak: 31 / 9 / 2021
Tarikh siap semasa: 2 / 9 / 2024