Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
138) JAMBATAN TERBENGKALAI YANG MENGHUBUNGKAN KOTA WARISAN DAN KLIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status jambatan sambungan yang menghubungkan Kota Warisan Daerah Sepang ke KLIA?
Jambatan sambungan yang dimaksudkan terletak di persimpangan Jalan Persekutuan FT 29 dan Jalan Persekutuan FT 32. Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan projek baru kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
-
Bilakah projek jambatan tersebut akan dimulakan semula?
Projek ini akan dimulakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) / Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).