Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
98) JAMBATAN SIMPANG LIMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah JKR menukar railing yang sediada di jambatan Simpang Lima kepada railing konkrit?
Lokasi yang dimaksudkan adalah di Jalan Persekutuan FT02, Seksyen 7.30 Persiaran Raja Muda Musa. Sekiranya terdapat cadangan penggantian railing asal kepada penghadang konkrit, pihak JKR Selangor perlu mengangkat permohonan ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut samaada jambatan tersebut dapat menampung beban daripada penghadang konkrit yang lebih berat. Beban yang melebihi kadar tanggung beban yang sepatutnya boleh mengakibatkan kerosakan pada struktur jambatan.