Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

332) JAMBATAN RUNTUH SCIENCE PARK2

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini proses baikpulih jambatan ini?

    a) Status terkini proses baik pulih jambatan runtuh Selangor Science Park 2 di   mana kerja-kerja pembersihan yang melibatkan lencongan paip air sedia ada dan merobohkan jambatan telah selesai dilaksanakan. Tender pembinaan semula persimpangan bertingkat termasuk jambatan ini telah dipanggil dan kontraktor yang berkelayakan telah dilantik iaitu Acre Works Sdn.Bhd. Kerja- kerja pembinaan semula ini dijangka akan dimulakan pada Ogos 2015 dan kerja-kerja pembinaan ini mengambil masa sehingga 78 minggu untuk disiapkan dan dijangka siap pada Februari

  2. Bilakah dijangka jambatan ini akan dapat digunakan semula dan berapakah kos keseluruhan proses baikpulih ini?

    Jambatan Selangor Science Park 2 dijangka boleh digunakan sepenuhnya dan dibuka kepada awam pada September 2017. Tempoh ini adalah mengambil kira proses bagi mendapatkan Sijil Kesempurnaan Pembinaan Lebuhraya (SKPL) yang mengambil masa 6 hingga 8 bulan untuk diperolehi. Anggaran kos keseluruhan pembinaan semula jambatan ini dianggarkan bernilai RM27

Lampiran

Tiada Lampiran.