Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
200) JAMBATAN RUNTUH SCIENCE PARK2
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jambatan di Pekan Semenyih yang masih tertangguh dari tarikh siapnya?
Projek yang dimaksudkan adalah projek Menaiktaraf Jambatan Semenyih FT031/046/05 di Laluan FT 31, Jalan Semenyih, Daerah Hulu Langat. Projek ini masih di peringkat pembinaan dengan kemajuan Fizikal 95%, baki kerja melibatkan kerja perabot jalan. Tarikh siap semasa projek adalah pada 17 Oktober 2019 dan Liquidated and Ascertained Damages, (LAD) telah dikenakan kepada pihak kontraktor sebanyak RM1,372.81 sehari.
Projek ini dijangka dapat disiapkan pada hujung Disember 2019 dengan kontraktor dikenakan LAD.
-
Nyatakan usaha yang dilakukan bagi tujuan pembinaan dan pembukaan jambatan Pekan Semenyih dapat dilakukan mengikut jadual.
Pihak Jabatan melaksanakan beberapa tindakan untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual
- Mengeluarkan surat Amaran kepada Kontraktor sekiranya berlaku kelewatan.
- Mengadakan mesyuarat pemantauan secara berkala.
- Melaksanakan Intervensi bagi projek-projek yang sakit bagi mengenalpasti dan membantu menyelesaikan masalah.