Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

28) JAMBATAN RUNTUH SCIENCE PARK 2

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah dijangkakan tarikh sebenar kerja pembinaan jambatan ini akan dapat disiapkan?

    Berdasarkan tempoh kontrak yang telah ditawarkan, tarikh mula projek ini adalah pada 5 Ogos 2015 dan dijangkakan siap sepenuhnya pada Februari 2017.

  2. Berapa peratuskah kadar kemajuan projek pembinaan semula jambatan runtuh ini sehingga kini?

    Peratus kadar kemajuan projek pembinaan semula jambatan ini setakat 4 Mac 2016 adalah 45%.

Lampiran

Tiada Lampiran.