Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
94) JAMBATAN ROSAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jambatan besi di Sg Pertak Kuala Kubu Baharu telah rosak sejak tahun 2021, ia bukan sahaja merupakan laluan masuk Bukit Kutu yang merupakan tapak pelancongan terkenal, tetapi juga laluan masuk kubur bagi masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Pertak. Bilakah jambatan besi tersebut boleh dibaiki demi masyarakat Orang Asli Kuala Kubu Baharu?
Semakan mendapati Jambatan Besi Sg Pertak KKB yang dimaksudkan diluar had penyelenggaran JKR. (Diselaraskan dengan pihak MPHS dan Jabatan Hutan)
-
Situasi yang sama berlaku di jambatan besi Ladang Sungai Jernih Kerling, apakah rancangan kerajaan untuk membaiki jamatan besi tersebut?
Semakan JKR Hulu Selangor mendapati jambatan besi Ladang Sungai Jernih Kerling yang dimaksudkan diluar had penyelenggaran JKR Hulu Selangor (kerana laluan B78 Jalan Kuala Kerling tiada jambatan besi/keluli) (Diselaraskan dengan pihak MPHS dan Jabatan Hutan)