Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
114) JAMBATAN PUALU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat bantu untuk mendapatkan peruntukan yang besar untuk pembaikan jambatan satu, Pulau Ketam akibat peruntukan rm500,000.00 tahun lepas tidak mencukupi?
Bahagian kejuruteraan forensik pakar jambatan melalui JKR Klang telah mengeluarkan laporan pemeriksaan forensik terhadap kerosakan Jambatan no.1 di Pulau Ketam pada 29 November 2023. Antara pengesyoran laporan tersebut adalah melaksanakan pembinaan jambatan baru kerana jambatan sediada yg telah uzur dan komponen utama telah rosak serta tidak lagi ekonimikal untuk dibaiki. Anggaran kos pembinaan jambatan baru sepanjang 55m panjang dan 2.15m lebar adalah sebanyak RM 2 juta. JKR akan membuat permohonan peruntukan ke KPKT bagi permohonan peruntukan pembinaan jambatan baru tersebut.