Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

149) JAMBATAN MERENTASI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN OLEH PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran kos keseluruhan projek ini ?

    Anggaran kos keseluruhan projek persimpangan bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke kawasan Pembangunan Seksyen 7 Shah Alam adalah dianggarkan bernilai RM53 juta.

  2. Berapakah kos yang akan ditanggung oleh PKNS bagi perlaksanaan projek ini?

    Kos yang akan ditanggung oleh PKNS bagi pelaksanaan projek ini adalah bernilai RM10,997,500.00 juta.

  3. Huraikan kos keseluruhan bagi semua syarikat yang terlibat dalam projek ini.

    Berikut adalah senarai syarikat yang terlibat di dalam projek Persimpangan Bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke kawasan Pembangunan Seksyen 7, Shah Alam.

    BIL. NAMA SYARIKAT KOS KESELURUHAN

    YANG TERLIBAT

    (RM)

    1. Sejagat Emas 265,000.00
    2. Era Wangsa 1,510,500.00
    3. Daya Intelek 424,000.00
    4. RCP Astanaz 795,000.00
    5. MS Kali 1,908,000.00
    6. Solar Purpose 291,500.00
    7. Worldwide 1,510,500.00
    8. PCM Bina 2,570,500.00
    9. Selaman 1,113,000.00
    10. I-City 27,560,000.00
    11. IJM Properties 4,054,500.00
    JUMLAH 42,002,500.00

Lampiran

Tiada Lampiran.