Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
118) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini jambatan ketiga Klang bagi fasa 2.
Pembentangan Laporan Kajian Impak Sosial (SIA) kepada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah dilaksanakan pada 14 Februari 2023. Pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri meminta supaya pihak Kementerian Kerja Raya mengkaji semula kebolehlaksanaan projek ini dengan mengambilkira impak sosial dan mitigasi yang perlu dilaksanakan.
Pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri juga berpandangan dengan membuat mitigasi tersebut tidak ada jaminan ia akan dapat mengatasi isu-isu yang dijangka akan wujud semasa perlaksanaan projek ini kelak. Halatuju perlaksanaan projek ini akan diputuskan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.