Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
8) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan jambatan ketiga Klang?
Status terkini adalah di peringkat pembinaan dengan kemajuan di tapak sebanyak 36.18% (sebenar) berbanding 34.0% (jadual).
-
Bagaimana proses dan berapakah kos pengambilalihan tanah bagi kawasan yang terlibat?
Proses pengambilan tanah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang dengan mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960. Kos keseluruhan pengambilan adalah sebanyak RM41,497,553.91.
-
Nyatakan kos, nama syarikat kontraktor dilantik dan proses tender pembinaan?
Kos Kontrak : RM199,156,069.39
Nama Kontraktor Cergas Murni Sdn. Bhd Proses Tender : Tender Terbuka