Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
137) JAMBATAN KE 3 KLANG SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status dan perkembangan terbahru pembinaan Jambatan ke-3 Klang, Selangor?
Kemajuan kerja pembinaan adalah sebanyak 91% (sebenar) berbanding 90.5% (jadual).
-
Apakah kekangan dan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kerja Raya dan Kerajaan Negeri kerana kerja-kerja pembinaan tidak dapat siap sepenuhnya mengikut jadual asal?
Kekangan:
- Kelewatan perobohan struktur bangunan / rumah oleh tuan tanah di atas tanah yang telah diambilmilik
- Pengalihan rumah ibadat bukan Islam
- Pembinaan semula Klinik Kesihatan Sg. Bertik yang terlibat dalam jajaran projek
-
Sila menyatakan perincian pecahan harga kos pembinaan dan kos pengambilan tanah yang terlibat
Kos Pembinaan: RM223 juta
Kos Pengambilan Tanah: RM42,102,787.20