Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
24) JAMBATAN KE-3 KLANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jambatan tersebut?
Pihak JKR Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn. Bhd. sedang dalam proses reka bentuk terperinci dan dijangka siap pada Februari 2014. Di samping itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang giat dijalankan. Tempoh siap bagi keseluruhan kerja ini dijangkakan pada awal bulan Disember tahun ini. Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lalu untuk tindakan lanjut pejabat
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos pembinaan Jambatan tersebut dan bilakah ianya akan dimulakan?
Anggaran kos pembinaan bagi projek ini adalah RM 281 juta termasuk pengambilan balik tanah dan yuran perunding. Proses pembinaan dijangka akan bermula pada Julai
-
Sila nyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-3 Klang?
Kerajaan Persekutuan melalui Ibu Pejabat JKR Malaysia berperanan sebagai penasihat teknikal bagi projek