Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
135) JAMBATAN DAN KUARTERS JPS RUNTUH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat Tanah dan Galian di muka surat 57: Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memperbaiki kelemahan aktiviti pengambilan pasir di Sungai Semenyih?
- Langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah bagi sebarang permohonan melibatkan pengambilan pasir di sungai yang berhampiran dengan struktur-struktur kekal seperti jambatan, kunci air, alur limpah, empangan dan sebagainya, aktiviti pihak pengusaha terbabit perlu mematuhi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh JPS. Di antara syarat yang ditekankan ialah memastikan pengusaha tidak melaksanakan sebarang kerja pengorekan atau menyedut pasir berhampiran dengan struktur terbabit dalam jarak 200meter.
-
Apakah langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan dan pemantauan agensi-agensi yang terbabit?
- Antara langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan ialah mengadakan mesyuarat pemantauan secara berkala melibatkan semua agensi teknikal dan pentadbiran yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan; pelantikan Merinyu yang meronda dan memantau aktiviti pengambilan pasir, menyiasat kes-kes kecurian dan pelanggaran kerja di tapak; dan memperkemaskan semula rekod-rekod aktiviti pasir.
-
Apakah jenis-jenis kerosakan akibat daripada hakisan tanah dan berapakah kerugiannya di segi kos?
- Kesan daripada hakisan tebing sungai akan mengubah regim sungai itu sendiri, berlakunya mendakan dan mendapan pasir yang tinggi, keruntuhan tebing yang melonggarkan struktur tanah, menyekat dan menghalang laluan air yang boleh menyebabkan banjir di bahagian hulu serta mengubah kualiti Kos kerugian ini adalah bergantung kepada kelebaran saiz dan isi padu tanah terhakis akibat hakisan serta keadaan dan lokasi sungai itu sendiri.