Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
397) JAMBATAN DAN JALAN MASUK KE KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah projek membaik pulih jambatan masuk ke Kampung Orang Asli Sungai Buloh akan dilaksanakan?
Soalan a dan b dijawab bersekali.
Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Gombak telah pun melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih jambatan Kg. Orang Asli Sg. Buloh melalui perolehan kerja undi dengan kos sebanyak RM24,930.00. Kerja-kerja telah bermula pada 18 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 13 Disember 2024.
Untuk makluman, pihak JPS juga telah pun siap menyediakan pelan reka bentuk bagi pembinaan baru menggantikan jambatan tersebut. Peruntukan disalurkan oleh pihak JAKOA dan tender dijangka akan dipanggil pada tahun 2025.
-
Bilakah projek menurap jalan masuk ke Kampung Orang Asli Sungai Buloh akan dilaksanakan?