Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

18) JAMBATAN BESI (BAILEY BRIDGE) PEKAN SEMENYIH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan besi di Pekan Semenyih?

    1. Proses pembinaan bagi projek ini telah bermula pada 29 Disember 2017 dan dijangka siap pada 28 Jun 2019 dengan tempoh kontrak selama 78 minggu dan diselia oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Kemajuan fizikal di tapak pada masa ini adalah sebanyak 11 % berbanding jadual iaitu sebanyak 49%. Kelewatan ini disebabkan oleh isu pengalihan utiliti.
  2. Kontraktor manakah yang diberi tanggungjawab terhadap projek pembinaan jambatan baru ini dan sebanyak mana peruntukan yang diberikan untuk projek ini?

    1. Kontraktor yang telah dilantik adalah KEP Contracting Sdn Bhd dengan harga kontrak sebanyak RM7,542,934.56.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    Tindakan pihak Jabatan untuk mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek ini adalah seperti berikut:

     

    • Melaksanakan mesyauarat    berkala   untuk   memantau   kemajuan   kerja
    • Menyelaraskan kerja kontraktor dengan syarikat Utiliti yang terlibat.

     

    Sekiranya kontrak ini tidak dapat disiapkan dan didapati terdapat kegagalan kontraktor untuk melaksanakan kerja mengikut kontrak surat amaran akan dikeluarkan kepada kontraktor dan dan denda (LAD) akan dikenakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.