Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
52) JALUR LEBAR (WIFI) DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sedia maklum jalur lebar (wifi) diperlukan pada zaman sekarang dan ianya akan memudahkan pengguna untuk melayari laman sesawang. Berapa peratuskah tahap kemajuan yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar (wifi) di dalam kawasan Pelabuhan Klang?
Peratusan kemajuan perkhidmatan jalur lebar (WiFi) oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam kawasan Pelabuhan Klang adalah masih bergantung pada keputusan akhir kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut di seluruh negeri Selangor menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia, Jaring dan TIME. Proses penilaian dan penawaran dijangka akan selesai dalam suku ketiga 2011.
-
Bilakah penduduk Pelabuhan Klang akan menikmati perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang dirancang kan di dalam projek jalur lebar (wifi) di dalam Negeri Selangor?
Penduduk Pelabuhan Klang merupakan salah satu DUN yang dikenalpasti akan memperoleh peluang capaian internet (WiFi) secara percuma bermula pada suku keempat 2011 secara berperingkat.
-
Nyatakan kawasan terkini perkhidmatan jalur lebar (wifi) yang telah dinikmati oleh pengguna di dalam Negeri Selangor?
Kawasan perkhidmatan jalur lebar (WIFI) secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Dataran Shah Alam
- Kompleks PKNS Shah Alam
- Seksyen 2 Shah Alam
- Seksyen 3 Shah Alam
- Seksyen 9 Shah Alam
- Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
- Batang Kali, Hulu Selangor
- Masjid Bukit Indah, Ampang
- Lobi Pejabat SUK dan agensi Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri telah membelanjakan kos sebanyak RM 126,000.00 bagi sewaan perkhidmatan WiFi di tujuh lokasi tersebut selama setahun, dan berjaya memberikan faedah kepada 7,769 orang iaitu bersamaan RM 16.22 seorang/setahun. Ini berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang membuat pembaziran RM 1.8 Juta untuk membangunkan aplikasi Facebook dan hanya mendapat peminat di laman berkenaan sebanyak 51,038.