Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

159) JALUR LEBAR INDUSTRI SELANGOR (JALIN)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana projek Jalur Lebar Industri Selangor ini telah dilakukan? Nyatakan secara terperinci .

    Insiatif Jalur Lebar Industri Selangor (“JALIN”) telah tersenarai sebagai inisiatif berpotensi tinggi di dalam Rancangan Selangor Pertama (“RS-1”) 2021-2025, di bawah Pembangunan Berfokuskan Sektor Ekonomi Digital.

    Objektif JALIN ialah bagi memastikan pembangunan di kawasan-kawasan perindustrian di Selangor dilengkapi dengan insfrastruktur telekomunikasi dan kemudahan internet, selari dengan pewartaan kemudahan internet sebagai utiliti ketiga di Malaysia. Ianya amat penting bagi memudahkan aplikasi teknologi IR 4.0 dan 5G digunapakai dengan ketersediaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan perindustrian. Justeru itu, ia bakal menarik pelaburan dari sektor perkilangan berteknologi tinggi di Negeri Selangor.

    SMARTSEL Sdn Bhd sebagai pelaksana insiatif JALIN melalui Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (“MBI”) dan Invest Selangor akan bekerjasama dengan penyedia infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan internet sedia ada bagi pembangunan kawasan perindustrian yang strategik.

    Sehingga kini, pihak SMARTSEL telah menjalankan kerjasama dengan beberapa pihak pemaju, antaranya seperti berikut;