Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

151) JALANRAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi peningkatan kesesakan lalulintas di rangkaian jalanraya sekitar Putrajaya?

    Kesesakan lalulintas di rangkaian jalanraya sekitar Putrajaya melibatkan jalan persekutuan sahaja. JKR Selangor telah memohon kepada ibu pejabat JKR Malaysia untuk mengkaji masalah ini. ii. Bagi jalan negeri, walaupun tidak mengalami kesesakan JKR akan memantau tahap Level Of Service (LOS) jalan-jalan berkaitan.

  2. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua kategori jalan dapat diselenggara dengan baik?

    Usaha kerajaan untuk memastikan semua kategori jalan dapat diselenggara dengan baik adalah seperti berikut:-

    1. Membuat perancangan dengan rapi dan mengenalpasti jalan-jalan yang sudah lebih daripada tujuh (7) tahun tidak disenggara sebagaimana digariskan oleh Bank Dunia untuk diberi keutaamaan dalam program tahunan.
    2. Membuat pengauditan di atas kerja di tapak.
    • Mengeluarkan Non-Compliance Report (NCR) bagi kerja yang tidak mematuhi aspek teknikal.
    1. Ujian coring turut    dijalankan     bagi    memastikan ketebalan mencukupi.
  3. Apakah kriteria pendaftaran jalan-jalan agar boleh dimasukkan dalam peruntukan MARRIS?

    Terdapat 4 Kriteria Utama yang diambil kira yang dipecahkan mengikut 7 (tujuh) Kategori Jalan agar boleh dimasukkan dalam peruntukan MARRIS seterusnya jalan tersebut layak mendapat geran peruntukan penyelenggaraan.

    • Rezab jalan
    • Lebar Permukaan Jalan
    • Lebar Bahu Jalan
    • Pembinaan mengikut Spesifikasi Piawai Jabatan Kerja Raya Kriteria terperinci adalah seperti jadual di sebelah.

Lampiran

Tiada Lampiran.