Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

55) JALAN UTAMA PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan utama Parit 5 menuju ke Site A Sekinchan akan dimulakan ?

    Kerja-kerja Fasa 1 membaiki dan menaik taraf  jalan utama Parit 5  menuju ke Site A Sekinchan akan dimulakan pembinaan pada bulan Mei 2012.

  2. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk jalan tersebut ?

    Tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan jalan ini. Namun kerja penyelenggaraan rutin seperti pemotongan rumput, menampal ‘potholes’, mencuci longkang dan pembentung, mencuci papan tanda dan meratakan bahu jalan telah dilaksanakan mengikut keperluan dan kitaran yang telah ditetapkan berjumlah RM 40,000.00 setahun.

  3. Sila nyatakan apakah perancangan dan piawaian yang diguna pakai oleh JKR dalam konteks pembinaan jalan di luar Bandar dan bendang demi kemudahan dan keselamatan penduduk setempat ?

    Terdapat beberapa perkara yang diambil kira oleh pihak JKR di dalam perancangan menaiktaraf dan membina jalan luar bandar. Antara perkaraperkara yang diambil kira adalah seperti berikut:

    • Hierarki jalan – Kebanyakan jalan luar bandar adalah ‘minor collector road’ yang   biasanya menggunakan piawai R3.
    • Komposisi kenderaan berat – Untuk menentukan ketebalan struktur jalan.

    Selain itu audit keselamatan jalan juga akan dilaksanakan bagi menjamin keselamatan penduduk.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.