Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

77) JALAN UTAMA BAGAN SEKINCHAN MENUJU KE SUNGAI LABU

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai labu akan dijalankan ?

    Kerja-kerja pembaikan terhadap jalan tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa yang melibatkan kerja-kerja rutin dan berkala. Buat masa ini tidak bercadangan untuk menaiktaraf jalan tersebut disebabkan jumlah trafik yang kecil.

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan persekitaran kunci air akan siap sepenuhnya dan berapakah kos sepenuhnya ?

    Kerja-kerja melebarkan jalan di sekitar kawasan kunci air di jalan tersebut dijangka siap pada 29 Julai 2011 dengan kos sebanyak RM 2,540,795.40

  3. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk Jalan tersebut ?

    Tiada peruntukan khusus bagi penyenggaraan tahunan untuk sesuatu jalan. Kerja-kerja pembaikan akan dibuat mengikut keutamaan dari segi kerosakan jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.