Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

75) JALAN UTAMA BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai labu akan dijalankan?

    1. Kerja-kerja membaikpulih jalan utama Bagan Sekinchan ke Sg. Labu akan dilaksanakan pada bulan Mei 2011 dan kerja-kerja penyiasatan dan pengukuran tapak sedang dilaksanakan oleh
  2. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan jalan tersebut sering mengalami kerosakan khususnya permukaan jalan yang berlekuk-lekak?

    1. Punca kerosakan jalan tersebut adalah seperti berikut :-

     

    1. Kelemahan Struktur Jalan
      • Jalan utama Bagan Sekinchan ini adalah benteng penahan banjir yang disenggara oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran dan telah dinaiktaraf kepada jalan JKR Piawai

     

    1. Kenderaan Melebihi Had Muatan
      • Kenderaan berat seperti lori dan treler yang sedang melaksanakan penyenggaraan pantai dan benteng menyebabkan kerosakan jalan ini bertambah
  3. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk Jalan tersebut?

    1. Tiada peruntukan khusus bagi penyelenggaraan tahunan untuk sesuatu jalan. Kerja- kerja pembaikan adalah dibuat mengikut keutamaan dari segi kerosakan jalan. Peruntukan keseluruhan bagi kerja – kerja penyelenggaraan jalan oleh JKR Sabak Bernam pada tahun 2011 adalah sebanyak RM2.15

Lampiran

Tiada Lampiran.