Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
61) JALAN TERPUTUS DI PERSIARAN CAKERAWALA DAN PERSIARAN ATMOSFERA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan terbaru berkenaan projek berkenaan?
Pihak Majlis telah menyediakan mesyuarat penyelenggaraan berkaitan isu berbangkit melibatkan Persiaran Atmosfera dan juga Persiaran Carekawala. Berkenaan dengan projek ini, terdapat dua (2) isu yang perlu diambil tindakan iaitu sembilan (9) lot tanah (kilang) dan jalan cadangan telah memasuki kawasan rezab sungai.
-
Berapakah jumlah yang di perlukan oleh JPS untuk mengalihkan sungai tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedondong (Fasa 2), Daerah Petaling, Selangor yang kini dalam proses reka bentuk terperinci. Perincian projek adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedondong (Fasa 2), Daerah Petaling, Selangor a) Menaiktaraf Sungai Kedondong dan Sungai Hampar b) Pembinaan Kolam Takungan
10,000,000.00 – Peringkat Reka Bentuk Terperinci – Deraf Laporan Akhir Terdapat beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan di peringkat reka bentuk iaitu laporan penyiasatan tanah dan kebenaran permit gunaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi tujuan pembinaan kolam takungan banjir di kawasan rizab hutan simpan.
Jangkaan Tender Pada Sukuan Ketiga Tahun 2024.
Berdasarkan kajian, pihak perunding telah mengenalpasti skop yang perlu dilaksanakan di Persiaran Carekawala dan Persiaran Atmosfera di mana ianya akan mengikut jajaran asal Sungai Kedondong dan tidak akan melibatkan sebarang kerja pengalihan sungai. Walau bagaimanapun, kos tambahan yang terlibat bagi pertambahan skop adalah dianggarkan sebanyak RM5 juta.
-
Bilakan projek ini dijangka akan selesai?
Penyelesaian mengenai dua (2) isu seperti mana yang telah dijelaskan di perkara (a), projek tersebut dijangka akan dilaksanakan segera.