Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
58) JALAN SUSUR MASUK (“JALAN MAUT”, PERSIMPANGAN DARI JALAN SUNGAI BULUH KE JALAN ALFA U6/2 DESA SUBANG PERMAI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan jalan tersebut (perbahasan sidang yang lalu)?
Jalan yang dimaksudkan adalah persimpangan antara Jalan Persekutuan FT15 dan Jalan Alfa U6/2 Desa Subang Permai. Pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan untuk menaiktaraf jalan berkenaan. Walaubagaimanapun, pihak JKR Selangor akan menjalankan kajian kemungkinan terhadap keperluan pelaksanaan penaiktarafan simpang ini.