Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
34) JALAN SUNGAI RAMAL DALAM KE SURADA PERLU DIPERBAIKI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalan Sungai Ramal Dalam ke Surada dan ke Bandar Baru Bangi bertukar menjadi jalan sibuk dan banyak berlaku kerosakan jalan. Aduan telah dibuat kepada pejabat Daerah, sejauh manakah tindakan diambil?
Tindakan sementara yang telah diambil adalah menampal kesemua jalan yang
berlubang di jalan tersebut oleh Unit ‘Road Gang’, dari Jabatan Kejuruteraan Majlis
Perbandaran Kajang. -
Adakah cadangan untuk meningkat dan menaiktarafkan jalan ini?
Ya, terdapat cadangan untuk menaiktaraf jalan ini. Tetapi buat masa ini, kerja-kerja
pengukuran bagi pemantauan sempadan jalan-jalan lot persendirian masih dalam
proses semakan. -
Bilakah projek bagi memulihkan jalan ini dapat dijalankan?
Projek ini akan dijalankan tertakluk kepada peruntukan MPKj sedia ada dan selepas
mengenal pasti lot-lot persendirian yang terlibat dengan rizab jalan serta halanganhalangan yang terdapat pada jalan tersebut.