Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
101) JALAN RAYA FT54
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah lampu-lampu jalan tidak berfungsi dan parit-parit tidak diselenggarakan sehingga menyebabkan kemalangan di waktu malam dan banjir kilat di DUN Ijok?
Laluan FT54 daripada persimpangan Assam Jawa hingga ke Bandar Seri Coalfields merupakan jalan yang baru dinaiktaraf. Projek menaiktaraf laluan ini telah siap pada 4 Julai 2021 yang lalu dan sedang dalam tempoh tanggungan kecatatan selama 2 tahun. Laluan tersebut telahpun dipasang lampu jalan dibawah skop kontrak. Walaubagaimanapun, terdapat masalah penyambungan bekalan elektrik yang masih dalam tindakan oleh pihak kontraktor dan juga pihak TNB. Isu bekalan elektrik ini dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan bulan Disember 2021. Senggaraan longkang tepi jalan di laluan persekutuan ini dijalankan mengikut jadual iaitu sebanyak 2 kali setahun. Selaras dengan ketibaan Musim Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November 2021 pihak JKR Daerah dan Konsesi juga telah diarahkan supaya memastikan aliran air dari laluan JKR tidak tersekat dan berjalan lancar.